CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
they call me caraa!!

Friday, August 24, 2012

Kunci yang hilang

Adam telah kehilangan kunci basikalnya lalu pergi ke padang sekolah untuk mencari kuncinya yang hilang. Adam begitu sibuk mencari kuncinya di padang yang luas itu lalu Daniel iaitu rakan baiknya ternampak Adam lalu bertanya kepada Adam "Adam,apakah yang kamu sedang cari ?" lalu Adam menjawap "Saya tercicir kunci basikal saya",lalu Daniel menolongnya mencari kunci itu. Matahari sudah tinggi namun mereka belum menjumpainya lalu Daniel bertanya kepada Adam "Dimanakah kamu tercicir kunci tersebut?".Adam menjawap "Di rumah.". Daniel membalas "Mengapakah kamu mencari kunci itu di padang sekolah sedangkan kamu tercicir kunci itu di rumah?".

dalam cerita tersebut .Kunci itu simbol bagi Yesus Juruselamat kita manakala kita adalah karakter yang terdapat dalam cerita tersebut. Mengapa kita masih mencari Tuhan di 'padang' yang luas sedangkan Yesus berada di hati kita senantiasa?...ataupun mengapa kita hendak mencari Tuhan yang lain sedangkan Tuhan berada dekat dengan kita?...Cerita ini sebagai renungan kita semua.edited by:carlyn.storyteller:my dad


















Sunday, June 3, 2012

i really likes dz songs.,<3~
<3. JESUS loves you.us.
one of my fav video and song <3~

PRAYER part 1#

"I close my eyes and i can see the better day..." the song sing by Justin Bieber entitled PRAY. I was inspired to share some of the stories that I know and realized ever happen in my life. In our life. 
 

Eve is a kid who just believe in Jesus without knowing the truly reason why. She was taught that Jesus is the only savior and the only one who can save us and truly love us no matter what happen ( John 3:16). She really likes to read books. As a kid, she doesn't know what's the function of the bible. One fine day, when she was open the bible, she interested to read the whole content of the bible because there's many story that she never knew. Then she makes the bible as the story book but she do believe in bible but doesn't know how to read it. She likes to pray also. For Eve , she always believe that God will hear her prayer and sometimes she fall asleep with the hands wrapped like praying. when she need or sad, she will tell Jesus. No one knows what's inside her heart. Until she in grade 6, Eve have to face the big examination . She wanted to success , to get straights A. She want to make her parents happy. Then she struggle for it and pray.Every night, before sleep she not forget to pray ( PRAY + DETERMINATION(action)=SUCCESS). Then her determination paid her and she sacrifice also paid . Eve was very happy and thanks God in the highest. Never know, until that day it really change Eve. She do believe in prayer and always pray to the God. Hallelujah !

Saturday, June 2, 2012

Cinta MONYET part 1

sambungan-

Walaupun telah lama tidak berhubung , Xury kerap memikirkan Alif lalu menngambil keputusan untuk menghantar pesanan ringkas kepadanya . Namun tiada balasannya. Xury kecewa tetapi lagi suka jika keadaan begitu supaya dia boleh berhenti untuk mengingatinya tetapi pada suatu hari Alif menghantar pesanan ringkas kepadanya memintanya supaya melupakannya dan menganggap perkenalan mereka hanya sebuah mimpi indah yang sementara. Xury menerima alasan itu tetapi masih menyayangi Alif. Xury berhenti mengacaunya tetapi kemudian meneruskan menghantar pesanan ringkas kepadanya kerana pada waktu itu Alif juga membalasnya . Seperti dahulu, mereka juga berhubung tetapi jarang. Hal itu berlarutan sehingga pada suatu hari Xury telah menerima pesanan ringkas daripada nombor yang tidak dikenali t. Xury hanya membiarkannya dan hanya membalasnya pada hari yang lain . Pesanan itu daripada perempuan yang mendakwa dirinya adalah teman wanita Alif sekarang dan tujuannya ialah untuk memberi amaran kepada Xury agar tidak menggangu teman lelakinya lagi. Hati Xury kini hancur berkecai apatah lagi apabila Alif telah mengatakan bahawa dia berstatus 'single'  sekarang. Perempuan itu memaki hamun Xury. Namun, Xury hanya tenang dan menjawap dengan kata-kata yang lembut tetapi pedas. Seterusnya, perempuan itupun menghubungi Xury dan dengan loghatnya yang agak lucu memaki hamun Xury dan memuaskan hatinya .
Kebenaran terbongkar apabila mereka sebenarnya telah bersama 2 bulan sebelum Xury dan Alif berpisah. Alif telah curang kepada Xury dan akhirnya Xury yang bercadang untuk mempermainkan Alif telah dipermainkan walaupun pendapatnya sudah berubah dan Alif mengetahuinya. Xury berasa maruah dirinya telah dipermainkan kerana bergaduh semata-mata demi seorang lelaki. Xury juga berasa amat terhina kerana perempuan yang memarahinya muda 2 tahun daripadanya apatah lagi  sebab pergaduhan yang amat kebudak-budakkan dan tidak matang. Pada malam tersebut, Xury berhasrat untuk meminta penjelasan daripada Alif sendiri , Alif menegaskan bahawa dia tidak pernah mempermainkan perasaan Xury dan menyayanginya. Menyayangi kedua-duanya. Sakit hati dan kecewa bersaranng dalam hati Xury dan mereka berbincang dengan agak tenang serta seperti biasa kerana kedua-dua mereka pandai bertoleransi. Masalah antara mereka selesai .Xury juga berasa amat bersyukur dan tidak menyesali perbuatannya melepaskan Alif walaupun seperti dipermainkan lagipula rakan-rakan Xury tidak menyenangi akan hubungan mereka serta abang  Xury juga sependapat begitu. Bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga kerana air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

cinta MONYET part 1

Xury merupakan seorang gadis biasa dan berasal dari kampung namun melanjutkan pelajarannya di sebuah bandar. Xury seorang gadis yang berpendirian namun sentiasa belajar dan mengubah pendiriannya daripada tahun ke tahun mengikut peredaran hidup dan kematangan jiwanya. Xury juga seperti perempuan lain yang baru meningkat dewasa , dia memerlukan seseorang untuk berkongsi luahan perasaan dan seseorang untuk mendengarnya. Walaupun mempunyai banyak  rakan tetapi naluri remajanya kerap bertandang. Pada hari itu,Xury telah dihubungi oleh saudaranya yang berkerja pada syif malam,tidak diduga semenjak hari itu, saudaranya iaitu Bedreck kerap menghubunginya lantaran Xury selalu tidur lewat untuk melelaah pelajaran. Kelama-lamaan Xury telah berkenalan dengan salah seorang daripada rakan Bereck iaitu Alif . Alif merupakan seorang yang penuh dengan falsafah diri yang dibuat sendiri ,'matang' dan berjiwa muda serta bebas,Alif tidak suka dikongkong. Bereck telah menasihati Xury agar tidak berteman dengan Alif kerana kerap bertukar-tukar pasangan dan 'playboy' kelak mengecewakan Xury. Xury amat geram akan sikap Alif dan menaruh dendam kepadanya. Xury berhasrat untuk mempermainkan Alif kerana sikapnya itu. Hari pun berlalu dengan cepat , Xury mendapati bahawa Alif tidaklah seperti yang dikatakan oleh Bereck. Xury mulai menyukai Alif dan akhirnya mereka bersama untuk jangka masa yang agak lama bagi Xury. Walaubagaimanapun, Xury tidak pernah mengatakan kata-kata 'i love u' kepada Alif kerana baginya kata-kata itu untuk seseorang yang diyakininya . Tetapi Xury adakalanya meminta agar Alif tidak menghantar pesanan ringkas selama 3 minggu, 1 minggu dan hanya pada waktyu malam sahaja mereka boleh berhubung kerana pelajaran Xury yang semakin merosot akibat pengurusan masanya sendiri dan sememangnya berpunca daripada dirinya sendiri. Hari demi hari berlalu dengan begitu pantas, Xury telahpun berfikir dengan masak-masak, Xury tidak mahu lagi bermain cinta pada usia ini walaupun dia ikhlas dengan Alif tetapi tidak tunjukannya. Itulah Xury.  Pada malam itu, Xury menyatakan hasratnya kepada Alif dengan berat hati, namun Alif hanya mengiyakannya . Jawapan Alif tidak memuaskan hatinya dan bukan seperti yang dijangkanya. -bersambung
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQwcJ_C-Ms7ulZY6gX0tqwvZI7NSlXXJXYF-_ViBW1bnVnxqQkAt2hj-MvcIlp-FbU-Iqr70o0zY58P06mIT2NjFKWQ6NRAS28hPt7crCz2UDNwI6hwISfg5eJKSkxCh3La7tRxA6UIhls/s400/16.png