CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
they call me caraa!!

Saturday, June 2, 2012

cinta MONYET part 1

Xury merupakan seorang gadis biasa dan berasal dari kampung namun melanjutkan pelajarannya di sebuah bandar. Xury seorang gadis yang berpendirian namun sentiasa belajar dan mengubah pendiriannya daripada tahun ke tahun mengikut peredaran hidup dan kematangan jiwanya. Xury juga seperti perempuan lain yang baru meningkat dewasa , dia memerlukan seseorang untuk berkongsi luahan perasaan dan seseorang untuk mendengarnya. Walaupun mempunyai banyak  rakan tetapi naluri remajanya kerap bertandang. Pada hari itu,Xury telah dihubungi oleh saudaranya yang berkerja pada syif malam,tidak diduga semenjak hari itu, saudaranya iaitu Bedreck kerap menghubunginya lantaran Xury selalu tidur lewat untuk melelaah pelajaran. Kelama-lamaan Xury telah berkenalan dengan salah seorang daripada rakan Bereck iaitu Alif . Alif merupakan seorang yang penuh dengan falsafah diri yang dibuat sendiri ,'matang' dan berjiwa muda serta bebas,Alif tidak suka dikongkong. Bereck telah menasihati Xury agar tidak berteman dengan Alif kerana kerap bertukar-tukar pasangan dan 'playboy' kelak mengecewakan Xury. Xury amat geram akan sikap Alif dan menaruh dendam kepadanya. Xury berhasrat untuk mempermainkan Alif kerana sikapnya itu. Hari pun berlalu dengan cepat , Xury mendapati bahawa Alif tidaklah seperti yang dikatakan oleh Bereck. Xury mulai menyukai Alif dan akhirnya mereka bersama untuk jangka masa yang agak lama bagi Xury. Walaubagaimanapun, Xury tidak pernah mengatakan kata-kata 'i love u' kepada Alif kerana baginya kata-kata itu untuk seseorang yang diyakininya . Tetapi Xury adakalanya meminta agar Alif tidak menghantar pesanan ringkas selama 3 minggu, 1 minggu dan hanya pada waktyu malam sahaja mereka boleh berhubung kerana pelajaran Xury yang semakin merosot akibat pengurusan masanya sendiri dan sememangnya berpunca daripada dirinya sendiri. Hari demi hari berlalu dengan begitu pantas, Xury telahpun berfikir dengan masak-masak, Xury tidak mahu lagi bermain cinta pada usia ini walaupun dia ikhlas dengan Alif tetapi tidak tunjukannya. Itulah Xury.  Pada malam itu, Xury menyatakan hasratnya kepada Alif dengan berat hati, namun Alif hanya mengiyakannya . Jawapan Alif tidak memuaskan hatinya dan bukan seperti yang dijangkanya. -bersambung

0 comments:

Post a Comment

 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQwcJ_C-Ms7ulZY6gX0tqwvZI7NSlXXJXYF-_ViBW1bnVnxqQkAt2hj-MvcIlp-FbU-Iqr70o0zY58P06mIT2NjFKWQ6NRAS28hPt7crCz2UDNwI6hwISfg5eJKSkxCh3La7tRxA6UIhls/s400/16.png