9hb Mei-Komisi Pembangunan Insan Diosis Keningau telah mengadakan program S.I.T.A (Stay In Touch Always ) di gereja St. Francis Xavier ( KSFX) yang bermula pada jam 8 pagi tadi dan bertempat di dewan KSFX. Seramai 27 orang pelajar termasuk pelajar lepasan SPM,STPM, Matrikulasi Labuan ( KML) telah mengikuti program ini. Objektif program ini adalah untuk membuka minda pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti di IPTA/S.
Selepas pendaftaran, kami memulakan program ini dengan lagu pujian ' Hari ini ku rasa bahagia ' dan doa pembukaan oleh saudari Roslina ( LUPA NAMA,HEHE ). Lalu kami diberi masa untuk menyesuaikan diri masing-masing dan saling berkenalan . Sesi yang pertama ialah pengenalan S.I.T.A dan selepas itu permainan ' 10 perkara yang harus dibawa ke bumi yang baru' , kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan kemudian di cantumkan semula untuk mencapai persepakatan . Permainan ini mengajar kami untuk tetap dengan pendirian kita, bagaimana kita menetapkan pendirian kita lalu mencapai persetujuan bersama. Minum pagi disediakan oleh pihak penganjur. Kami meneruskan dengan sesi yang kedua iaitu membuat lukisan dan tulisan SISTEM SOKONGAN dan PERISAI IMAN . Kami teruskan lagi dengan perkongsian daripada senior MIANDA yang telah menamatkan pengajian di UITM SHAH ALAM . Rehat untuk makan tengah hari . Seterusnya sesi yang terakhir diambil-alih oleh saudara Dius iaitu Wakil daripada Pusat Belia Youth-PREP Alamesra untuk menerangkan kepada kami mengenai hak-hak dan tanggungjawab sebagai pelajar katolik. Program ini tamat pada jam 3.30 petang dan sebagi lagu penutup serta doa penutup kami menyanyikan serta merenung lagu ' HE NEVER SLEEP'. -
Konklusinya,program ini banyak mengajar serta dapat membuka minda kami sebagai pelajar katolik supaya tidak mengalami kejutan budaya serta tetap teguh dalam iman walaupun berada di tempat lain. Berusahalah untuk MEMPERTAHANKAN IMANMU DAN MAMPU UNTUK MENGHASILKAN BUAH YANG BAIK !.
keep in faith~

![Validate my Atom 1.0 feed [Valid Atom 1.0]](valid-atom.png)

0 comments:
Post a Comment